POST YANG SANGAT COOL

Thursday, February 21, 2013

KAJIAN FLORA DAN FAUNA


"KAJIAN FLORA DAN FAUNA"


Definisi Istilah Kajian Flora Dan Fauna

Flora bermaksud ‘tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa” manakala fauna pula bermaksud ‘seluruh binatang yang hidup di suatu tempat”. Kepupusan pula menurut Kamus Bahasa Melayu ialah ‘habis lenyap’. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. Dalam botani, flora mempunyai dua maksud:

Kepentingan Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Alam Sekitar Mengikut Unesco 1976

Menurut Ford (1981), Pendidikan Konservasi merupakan satu usaha yang dilakukan secara berterusan supaya masyarakat memiliki kesedaran terhadap konservasi mengenai alam sekitarnya dan segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen dalam menangani masalah konservasi ini. Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan dan harus dititikberatkan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Persekitaran alam sekitar sangat berkait rapat dengan manusia untuk menjalani kehidupan seharian. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara dan bunyi dapat memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Oleh itu, UNESCO 1976 telah menggariskan enam objektif utama Pendidikan Konservasi iaitu kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran membantu, kebolehan menilai, dan kerjasama yang terjalin.

Seperti yang termaktub dalam objektif UNESCO 1976, kesedaran terhadap alam sekitar merupakan objektif yang pertama Pendidikan Konservasi. Masyarakat haruslah mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Memelihara alam sekitar tidak hanya ditujukan oleh pekerja yang menjaga alam sekitar seperti Alam Flora tetapi ia harus ditujukan kepada semua golongan tidak mengira pangkat dan peringkat umur. Semua orang perlu melibatkan diri kerana kita semua adalah penghuni bumi maka dengan itu bersama-samalah kita menjaga bumi ini dengan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang masih kecil juga, mereka perlu disemai mengenai perasaan untuk menyayangi alam sekitar dan harus memberi didikan cara untuk menjaga alam sekitar dengan cara yang berhemah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika perkara sebegini tidak disemai dari usia yang masih kecil, impaknya ke arah negatif dapat dilihat. Sebagai contoh, kanak-kanak jika tidak diajar dengan cara betul, mereka akan membuang bungkusan plastik makanan ringan di merata-rata tempat walaupun tong sampah sudah disediakan. Jika masyarakat menggangap masalah ini remeh dan hanya membiarkan perkara ini berlalu, masalah yang lebih serius akan mulai berlaku. Contohnya,  masalah ‘green house effect’, penipisan lapaisan ozon dan kenaikan purata suhu merupakan isu-isu yang patut kita mengambil perhatian dengan tindakan yang sewajarnya.

Selain itu, pengetahuan terhadap alam sekitar merupakan objektif yang kedua dalam Pendidikan Konservasi mengikut UNESCO 1976. Hal ini kerana untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, sememangnya pengetahuan amat penting. Melalui pengetahuan, barulah kita boleh menyedarkan masyarakat betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan seharian. Melalui pengetahuan juga, kita dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap alam sekitar, serta mampu menangani masalah yang timbul dan mempunyai rasa tanggungjawab sebagai makhluk yang bergantung kepada ciptaan-Nya. Melalui kaedah ini, kita akan dapat memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk memberi kesedaran di samping menambahkan ilmu pengetahuan, dan memberi komitmen untuk berganding bahu dalam melakukan usaha konservasi alam semula jadi. Sebagai makhluk yang tinggal di muka bumi ini juga, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keindahan bumi ini dengan sempurna demi menjaga kepentingan untuk meneruskan kehidupan bersama-sama masyarakat serta kehidupan yang lain dalam keadaan yang harmoni dan amai-damai.

            Seterusnya, selepas pengetahuan diberikan kepada masyarakat mengenai masalah alam sekitar, barulah perubahan sikap boleh berlaku.  Perubahan sikap boleh membentuk nilai-nilai estetika dan bermotivasi untuk memanfaatkan alam sekitar secara lestari. Lestari merujuk kepada kebijaksanaan dan kepandaian, maka lestari yang dimaksudkan ini ialah kebijaksanaan mengurus alam sekitar. Berlainan pula dengan pembangunan lestari yang membawa maksud kepandaian membina bangunan tanpa mengabaikan kepentingan alam sekitar yang seiring dengan zaman teknologi terkini.  Dengan kata lain, pembangunan yang dijalankan haruslah dalam keadaan yang sistematik dan tidak menjejaskan alam sekitar. Malah, diingatkan juga bahawa pencemaran yang belaku sekarang adalah hasil-hasil tangan manusia yang tidak bertanggungjawab dan yang ingin meraut keuntungan semata-mata tanpa berfikir dengan panjang mengenai kesan tindakan tersebut. Oleh yang demikian, sikap dan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar haruslah dipupuk dan ditanam dalam sanubari kanak-kanak ataupun para pelajar sejak mereka kecil lagi dan bertindak secara proaktif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Tambahan lagi, salah satu daripada objektif yang termaktub dalam UNESCO 1976 ialah kemahiran membantu. Pendidikan Konservasi ini akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk membantu memelihara alam semula jadi dengan cara yang kreatif, unik serta selamat penggunaannya dan boleh menyelesaikan masalah alam sekitar yang dihadapi dengan cara yang bijak. Amalan bantu-membantu ini mempunyai pelbagai faedahnya kerana ia dapat menguji sejauh mana tindakan kita jika dikelompokkan di dalam satu kumpulan yang besar di mana dipenuhi dengan pelbagai lapisan masyarakat yang berbilangsa dan kaum. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar tidak akan hanya berjaya jika ia ditangani oleh sebelah pihak sahaja. Sebagai contoh, pertandingan tarik tali memerlukan komitmen yang padu daripada ahli pasukannya kerana jika sebahagian daripada ahli pasukannya tidak membantu antara satu sama lain maka kegagalan adalah jawapannya. Apatah lagi, bagi mereka yang memimpin sesuatu aktiviti kerana aktiviti itu tidak dapat berjalan dengan lancar jika anak buahnya tidak berusaha untuk mewujudkan ikatan yang padu dan masing-masing dengan kerenahnya yang tersendiri. Oleh itu, kita harus saling bantu-membantu supaya mudah mewujudkan perfahaman.

Pendidikan Konservasi yang kelima ialah kebolehan menilai. Pendidikan Konservasi akan membantu seseorang individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor persekitaran dalam semua aspek tindakan. Melalui pengetahuan yang ada, seseorang individu mampu menilai sesuatu yang dapat memberikan hasil yang positif dan juga hasil yang negatif. Contohnya, tabiat membuang sampah merata-rata merupakan masalah yang sukar ditangani kerana sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Individu haruslah peka dan memahami keadaan ini mengenai kesan daripada melakukan tindakan tersebut. Mereka harus memahami bahawa daripada tindakannya itu, kesan yang seterusnya boleh berlaku seperti dapat mencemarkan pemandangan. Jika hal ini berterusan berlaku di negara kita, kegiatan perlancongan ke negara kita boleh terjejas. Pelancong sudah semestinya tidak mahu melawat negara yang dipenuhi sampah sarap yang terbiar di sana sini, malah sudah tentu sampah sarap yang berlonggok itu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Tuntasnya, setiap pihak mestilah sedar dan berfikir dengan teliti sebelum melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab ini.

Pendidikan Konservatif yang terakhir ialah kerjasama. Pendidikan Konservasi mampu melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan sentiasa bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan alam sekitar. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah SWT yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini.


"And Walk Not On Earth With Conceit and Arrogance"



2 comments:

  1. wow...that drinks looks so deliciouse....belanja la .... :P

    ReplyDelete
  2. OMG.... you should treat me dulu....yep :-)

    ReplyDelete

"His Excellency Tun Dr. Mahathir Mohamad"

"His Excellency Tun Dr. Mahathir Mohamad"
"A journey of a thousand miles begins with the first steps. We have taken many steps. Let us march forward in this struggle to achieve true civilisation, to criminalise war."

The Woman Formerly Known as Beautiful